Antara Dua Dunia Prologue

“I can see a ghosts,”

Setahun yang lepas, aku memberanikan diri memberitahu tiga rakanku mengenai rahsia yang sudah lama aku pendam selama ini. Aku bukannya hendak menakutkan mereka cuma mereka terlalu mendesak apabila sering kali melihat kelakuan aku yang serba tidak kena pada sesuatu masa. Iman, Naima dan Ira yang mendengar ketika itu terdiam seribu bahasa. Reaksi apa lagi yang aku jangkakan selain daripada itu. Hampir setengah minit kemudian, barulah mereka bertiga membuka mulut dan meminta aku memberi penjelasan daripada awal sehinggalah ke akhir. Jadi, aku tidak membuang masa lalu terus bercerita mengenainya.

Sangkaku, mereka bertiga tidak akan berkawan lagi dengan aku. Iyalah, aku boleh lihat sesuatu yang mereka tidak boleh lihat dan semestinya mereka akan sentiasa bertanya-tanya tentang ‘benda’ itu apabila bersama aku. Apabila aku mengatakan aku tidak kisah jika mereka tidak mahu lagi bersama aku, mereka bertiga mengetuk kepala aku bergilir-gilir. Sudahlah guna buku tebal yang mempunyai muka hadapan keras.

“Who say that? We are not kids again. Of course it makes us surprise but that doesn’t mean we will throw you away,”

Aku renung wajah mereka bertiga satu persatu dengan pandangan kosong. Aku sendiri tidak tahu hendak memberi respons yang bagaimana. Ini bukannya drama dan aku langsung tidak rasa terharu. Aku hanya mencapai gelasku dan mengucapkan ‘thanks’ dalam nada perlahan sebelum menghilangkan dahaga.

###################################################################

“Kau tengok apa?” tanya Ira.

Aku tersentak dengan kemunculan Mira di sebelahku. Langsung aku tidak sedar Ira sudah menyelesaikan urusannya dengan Puan Maimunah, pensyarah System Analysis and Design kami. Lantas aku menggelengkan kepala dan mengatakan tiada apa-apa.

“So, let’s go. Diorang mesti dah tunggu kat café,” sambung Ira lalu mengatur langkah.

Aku tidak terus mengikuti Ira. Aku memandang semula ke tingkap untuk melihat bangunan di hadapan. Sebenarnya, sewaktu menunggu Ira, bangunan itulah yang aku menarik perhatian aku. Di salah sebuah kelas di bangunan itu, aku bertentang mata dengan seorang pelajar perempuan yang bertudung dan memakai baju kurung sepertimana wanita Melayu yang lain. Namun, pelajar itu berwajah pucat sementara tudung dan bajunya dipenuhi dengan lumuran darah. Dadaku berombak kencang dan dahiku mula menitikkan peluh tatkala pelajar itu mengangkat tangan yang kemudiannya menudingkan jari ke arahku. Biarpun aku sudah berhadapan dengan situasi sebegini selama 5 tahun, rasa takut masih lagi menguasai diri aku. Aku langsung tidak dapat menggerakkan kakiku. Malah, lidahku menjadi kelu untuk bersuara apatah lagi meminta tolong. Pelajar itu membuka mulut mengatakan sesuatu tetapi aku langsung tidak mendengar apa-apa.

“Hoi!”

Ira menepuk bahu aku dengan kuat sehingga aku melepaskan jeritan kecil. Aku menekan dadaku dan cuba mengawal nafasku secepat yang mungkin. Kelakuan aku itu mungkin mengundang rasa hairan kepada Ira. Pantas dia bertindak menenangkan aku dengan menyandarkan aku ke dinding dan mengurut lenganku.

“Why you don’t tell me?” Ira menyoal.

Aku memandangnya dengan tanda tanya memandangkan suara aku masih lagi tersekat di kerongkong.

“You see ghost right? Why don’t you just tell me?” marah Ira yang mungkin merasakan aku tidak mahu menyusahkan dirinya.

Ketika itu aku teringat dan mahu melihat pelajar itu semula tetapi pelajar itu sudah lenyap. Aku yakin dia cuba memberitahu aku sesuatu atau mungkin hanya perasaan aku sahaja?

“Common let’s go! Don’t see it anymore,” Ira terus menarik tanganku dan kami berdua melangkah pergi daripada tempat itu.

Di café……
Iman, Naima dan Ira tidak melepaskan pandangan masing-masing daripada aku yang sudah mula menikmati juadah tengahari. Mereka bagai tidak mahu menyentuh makanan sehinggalah aku membuka mulut menceritakan perkara sebenar. Perlukah aku berbuat begitu? Apa yang mereka mampu buat kalau aku bercerita pun? Bukankah ia tak ubah seperti mendengar cerita hantu daripada mulut orang yang mengalaminya. Aku nekad. Aku terus menjamah nasi aku dan tidak peduli mereka hendak makan ataupun tidak.

“Kau memang muka toye betullah,” Iman mula bersuara dan menyentuh makanannya.

Tindakannya itu kemudian diikuti oleh Naima dan Ira. Aku menghela nafas lega dalam diam. Tidak lah aku rasa bersalah kalau mereka mengadu lapar.

“Apa yang kau nampak sebenarnya, Kirana?” tanya Naima yang bersemangat ingin tahu.

“Aku nampak benda tu lah. Tu jer,” jawab aku ringkas.

“Tapi kau nampak takut betul tadi. Kenapa?” Ira pula bertanya.

“Nampak hantu yang dahsyat ker?” tambah Iman.

“Hantu biasa jer. Korang ni tak kisah ker bercakap pasal hantu masa makan ni? Kang ada yang tersedak pula,” sebolehnya aku tidak mahu perbualan mengenai apa yang aku lihat tadi berlanjutan.

“Kirana, please. Kau dah beritahu kitorang rahsia kau, janganlah expect kitorang akan buat tak tahu jer. Ok, maybe kitorang tak dapat nak buat apa-apa dan hanya kau sorang jer yang menanggungnya tapi at least don’t ignore us. I know you need someone to listen or understand your situation,” tutur Naima yang bersungguh-sungguh menampakkan keihklasannya.

Kali ini sedikit sebanyak aku termakan dengan kata-kata Naima Mungkin benar aku perlukan seseorang untuk berkongsi agar bukan aku seorang sahaja yang menanggung kepayahan memiliki kuasa sebegini. Biarlah aku kelihatan seperti seorang pembawa cerita hantu asalkan beban di hatiku ini dapat dikurangkan.

“Ini kali pertama- ”

Aku mula membuka mulut. Iman, Naima dan Ira menumpukan perhatiannya kepada aku.

“-ini kali pertama benda tu cuba mengatakan sesuatu kepada aku. Sebelum ini benda tu hanya muncul dan pergi jer sekelip mata tapi kali ni, benda tu cuba sampaikan sesuatu dan aku tak tahu apa benda tu. Tapi mungkin itu hanya perasaan aku jer,” aku meluahkan apa yang bermain di minda aku kepada mereka bertiga.

“Cuba sampaikan sesuatu?” Ira mengerutkan dahi.

“Emm, she point at me and say something but no way I can hear that,”

“Where you saw her?” tanya Iman ingin tahu.

“Salah satu kelas kat bangunan klinik,” beritahu aku terus terang. Tiada lagi rahsia.

“That’s why you looks extremely horrified,” Ira mengurut lenganku seketika.

“So, what you want to do?” Naima menyoal.

“Well---if she wants to say something to me, she is the one who should find me, right? So, just back to my normal life,” aku memberikan pendapatku dalam erti kata yang mudah.

###################################################################


Comments

  1. ni mesti kes xder bahan nak wat citer....
    ok gak novel pendek ko ni.....cumer x syok sbb watak ak xder......

    ReplyDelete
  2. naper lh tetiber ade cite bleh nmpk antu ni..kirana???..not bad!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Another bubbling from me.....