Posts

Showing posts with the label novel

Antara Dua Dunia Bahagian 5

“Suria Dahlia binti Daim. Pelajar tahun 3 BBA. Umur 24 tahun. Actually dia tak datang kelas sejak seminggu yang lalu tetapi dia ada alasan. Dia minta study leave untuk ke Australia sebab dia dapat tawaran menghadiri satu sidang kat sana yang berkaitan dengan jurusan dia selama seminggu. Mungkin sebab itu orang tak perasan tentang kehilangan dia,” tutur Ira yang berjaya memperolehi maklumat yang berkaitan hanya berdasarkan nama. “Bila tarikh dia sepatutnya balik?” aku mengajukan soalan. “Supposely today,” jawab Ira. “Tapikan takkanlah keluarga dia atau member-member dia tak berasa pelik dia tak contact langsung selama dia ada kat Australia? Lagipun, macamana kita nak beritahu yang dia sebenarnya dah mati?” Naima memberikan pandangannya. “Sorry but for your information, she is orphan. Dia tak ada sesiapa. Lucky her for being smart sebab dia dapat biasiswa,” Ira menambahkan maklumat. “Siapa yang bagi tawaran Australia tu kat dia?” soal aku mencuba nasib. “W...

Antara Dua Dunia Bahagian 4

Image
Iman, Naima dan Ira mengambil masa yang agak lama untuk berjumpa dengan Kirana memandangkan mereka tidak arif dengan selok belok bangunan kejuruteraan itu. Rasanya tidak elok pula kalau mereka bertanyakan orang bagaimana ingin ke bumbung bangunan tersebut. Akhirnya selepas bertungkus lumus mencari, mereka berjaya menjumpai tangga yang menuju ke bumbung. Tatkala mereka bertiga menjejakkan kaki ke atas bumbung bangunan itu, mereka terpaku melihat Kirana yang terduduk dengan kedua-dua kaki lurus ke hadapan sementara kepalanya tertunduk. “Kirana!” lantas mereka mendapatkan Kirana yang rupanya tidak sedarkan diri. “Macamana ni?!” tanya Ira yang kalut. “Bring her to clinic! Now!” Iman dan Naima cuba mengangkat Kirana. Namun, di luar jangkaan mereka, Kirana tiba-tiba tersedu-sedu menangis. Mereka terkaku di tempat masing-masing sambil menumpukan pandangan ke arah Kirana. “Ke…ke..napa…?Kenapa?” “WAAHHH!!” Iman dan Naima serentak melepaskan tangan dan menjauhkan diri dari...

Antara Dua Dunia Bahagian 3

Image
Semenjak kemunculan hantu perempuan tersebut, aku sudah jarang dan boleh dikatakan tidak diganggu oleh roh-roh yang lain. Biarpun aku boleh menarik nafas lega untuk seketika tetapi oleh sebab sudah menjadi kebiasaan, terasa janggal pula apabila tidak dapat bersemuka dengan ‘mereka’. Aku dan tiga lagi rakanku masih menyiasat dan hari ini sudah masuk hari ketiga. Namun, maklumat yang kami perolehi masih belum cukup untuk menunjukkan jalan penyelesaian. Malahan, agak sukar untuk mendapatkan bantuan pihak polis memandangkan kami tidak dapat menyuarakan alasan yang kukuh. Pandanganku kabur apabila aku cuba mencelikkan mata. Untuk beberapa saat aku langsung tidak dapat mengecam aku berada di mana sekarang. Sebaik sahaja pandangan mataku kembali jelas, aku memerhatikan keadaan sekeliling aku. “Aku kat mana ni?” aku sedar tiada siapa yang boleh menjawab soalan itu. Aku berseorangan di tengah kawasan rimba. Perlahan-lahan aku bangkit dengan cemas. Kenapa aku boleh berada di sini? Di ...

Antara Dua Dunia Bahagian 2

Image
“Are you kidding me?” Naima mahupun Ira sudah tidak berani menoleh ke belakang. Iman pula bagai cacing kepanasan di tempat duduknya. Cuma aku sahaja yang kaku memandangkan aku sedang bertentang mata dengan hantu perempuan yang sedang berdiri di belakang Naima dan Ira. Hantu perempuan itu masih juga sama, merenungku dengan tajam. Tiba-tiba aku terasa tanganku disentuh oleh seseorang. Ketika itu barulah sendi-sendi leherku dapat bergerak dan aku memandang Iman di sebelahku. Biarpun aku tahu Iman tidak mahu bertentang mata denganku, tindakannya memegang tanganku seolah-olah ingin memberikan kekuatan kepadaku. “She still standing behind us?” Naima menyoal dalam nada berbisik. Aku mengangguk perlahan. “I know it’s hard but just ask her what she want,” Iman pula bersuara kepadaku. Aku menarik nafas dalam-dalam, mengumpul keberanian yang hanya senipis kulit bawang. Sekali lagi aku membalas renungan hantu perempuan itu sebelum membuka mulut. “Saya tak kenal awak dan awak pun tak ke...

Antara Dua Dunia Bahagian 1

Dua hari sudah berlalu semenjak peristiwa di bangunan klinik. Ini juga kali pertama aku bagaikan dalam penantian menunggu kemunculan hantu pelajar perempuan tersebut sedangkan sebelum ini, aku tidak pernah mengharapkan dapat melihat hantu yang sama berulang kali. Namun, mungkin benar semuanya itu hanya perasaan aku sahaja. Jadi aku merancang untuk melupakannya. Kelas aku bermula jam lapan setengah pagi setiap hari Selasa dan Khamis. Seperti biasa, aku bangkit dengan bantuan jam loceng daripada telefon bimbitku pada pukul enam pagi. Lama aku duduk di birai katil bagi menghilangkan kantuk. Kalau aku masih berbaring, pasti mata aku akan lelap semula. Teman-teman sebilikku mungkin masih lena dibuai mimpi. Nanti sahajalah aku mengejutkan mereka. Selepas hampir lima minit, barulah aku berdiri dan membuat beberapa senaman ringkas. Kemudian aku melangkah keluar bilik untuk mengambil wuduk. Di hadapan bilikku terdapat dua bangku yang sememangnya sudah sedia ada untuk kegunaan sesiapa ...

Antara Dua Dunia Prologue

“I can see a ghosts,” Setahun yang lepas, aku memberanikan diri memberitahu tiga rakanku mengenai rahsia yang sudah lama aku pendam selama ini. Aku bukannya hendak menakutkan mereka cuma mereka terlalu mendesak apabila sering kali melihat kelakuan aku yang serba tidak kena pada sesuatu masa. Iman, Naima dan Ira yang mendengar ketika itu terdiam seribu bahasa. Reaksi apa lagi yang aku jangkakan selain daripada itu. Hampir setengah minit kemudian, barulah mereka bertiga membuka mulut dan meminta aku memberi penjelasan daripada awal sehinggalah ke akhir. Jadi, aku tidak membuang masa lalu terus bercerita mengenainya. Sangkaku, mereka bertiga tidak akan berkawan lagi dengan aku. Iyalah, aku boleh lihat sesuatu yang mereka tidak boleh lihat dan semestinya mereka akan sentiasa bertanya-tanya tentang ‘benda’ itu apabila bersama aku. Apabila aku mengatakan aku tidak kisah jika mereka tidak mahu lagi bersama aku, mereka bertiga mengetuk kepala aku bergilir-gilir. Sudahlah gun...