Antara Dua Dunia Bahagian 4

Iman, Naima dan Ira mengambil masa yang agak lama untuk berjumpa dengan Kirana memandangkan mereka tidak arif dengan selok belok bangunan kejuruteraan itu. Rasanya tidak elok pula kalau mereka bertanyakan orang bagaimana ingin ke bumbung bangunan tersebut. Akhirnya selepas bertungkus lumus mencari, mereka berjaya menjumpai tangga yang menuju ke bumbung. Tatkala mereka bertiga menjejakkan kaki ke atas bumbung bangunan itu, mereka terpaku melihat Kirana yang terduduk dengan kedua-dua kaki lurus ke hadapan sementara kepalanya tertunduk.
“Kirana!” lantas mereka mendapatkan Kirana yang rupanya tidak sedarkan diri.
“Macamana ni?!” tanya Ira yang kalut.
“Bring her to clinic! Now!” Iman dan Naima cuba mengangkat Kirana.
Namun, di luar jangkaan mereka, Kirana tiba-tiba tersedu-sedu menangis. Mereka terkaku di tempat masing-masing sambil menumpukan pandangan ke arah Kirana.
“Ke…ke..napa…?Kenapa?”
“WAAHHH!!” Iman dan Naima serentak melepaskan tangan dan menjauhkan diri daripada Kirana kerana itu bukan suara Kirana! Ira turut menyedari perkara tersebut.
“Kenapa….kenapa aku…?”
“Ira…Ira do something, Ira!!” pekik Naima yang sudah menggeletar lutut.
“What am I suppose to do?!!!” tanya Ira yang keliru. Ketiga-tiga mereka jelas ketakutan dan tidak tahu bagaimana hendak menghadapi keadaan sebegitu.
“Do something, Ira!!!” Iman turut mengharapkan Ira kerana antara mereka berempat, Ira boleh dikatakan lebih berilmu dalam hal agama.
“I’ve never done this before!! How….how I’m suppose to do…??”
“Apa salah aku?....Kenapa aku….? Kenapa?” Kirana berdiri dalam keadaan terhuyung hayang. Sememangnya di hadapan mereka sekarang bukannya Kirana yang sebenar. Ada sesuatu yang merasuk rakan mereka itu.
“Siapa….siapa kau?” menggigil Ira bersuara. Sumpah dia langsung tidak dapat mengingati sebarang ayat pendinding mahupun sebarang doa yang boleh membantu. Tetapi dia tidak tahu kenapa dia mahu bertanyakan hal itu kepada Kirana.
Kirana berpaling melihat Ira. Wajah Kirana ketika itu penuh dengan kesedihan. Air matanya berjujuran jatuh. Dari sudut pemerhatian mereka bertiga, Kirana mungkin tidak akan bertindak agresif. Jadi, sedikit sebanyak, mereka kembali memperolehi tenaga masing-masing.
“Suria…..Nama aku…nama aku Suria……To..tolong cari aku….aku sejuk…..Cari aku….aku ada kat bawah…bawah…..” tutur Kirana agak perlahan tetapi dapat didengari mereka bertiga dengan jelas.
“Jangan beritahu aku……dia hantu perempuan yang Kirana maksudkan?” Iman cuba mendapatkan kepastian. Namun dia terkejut apabila Kirana mengalihkan pandangan kepadanya. Iman berundur tanpa disedari tatkala Kirana cuba mendekatinya.
“Cari aku…tolong…..Suria Dahlia….”
“Jangan datang dekat ngan aku!!” jerit Iman tetapi Kirana tetap melangkah.
Sesaat kemudian Kirana terlonglai jatuh tidak sedarkan diri.
“KIRANA!!”

####################################################################

“Apa yang kau buat tu?” aku bertanya kepada seorang lelaki yang sedang khusyuk menggali sesuatu. Namun, pertanyaan aku dibiarkan tidak berjawab. Aku memandang ke sekelilingku. Ia berlainan dengan mimpi aku yang sebelum ini. Kali ini aku kenal dan tahu di mana aku berada sekarang. Aku kembali melihat lelaki tadi. Aneh, biarpun aku berada dekat dengan lelaki itu, wajah lelaki itu begitu kabur. Di sebelah lubang yang digali oleh lelaki itu pula terdapat satu bungkusan besar berwarna hitam, sebesar saiz manusia normal.
“Neih, apa tu?” soalku ingin tahu. Sekali lagi aku tidak dipedulikan. Adakah lelaki ini tidak menyedari kewujudan aku di sini? Atas alasan itu, aku mengambil inisiatif sendiri. Aku menghampiri bungkusan itu untuk memeriksa isi kandungannya. Aku mencangkung dan tanganku menyelak bukaan bungkusan itu.
“Astaghfirullah…!!” aku mengucap panjang sambil menekup mulut. Di dalam bungkusan itu terdapat mayat seorang wanita yang berlumuran darah. Malah, apa yang lagi mengejutkan, wanita itu adalah hantu yang meminta pertolongan aku!!
Aku masih lagi tergamam di atas tanah apabila aku menyedari aku ditutupi satu bayangan. Teragak-agak aku menoleh ke belakang dan ketika itulah lelaki tadi menghayunkan sebilah parang ke arahku.

“AAAAAAAAAHHHHHHHHHH!!!!!!!!”
Semua orang dikejutkan dengan jeritan yang datangnya dari bilik pemeriksaan. Beberapa jururawat bergegas menuju ke bilik itu termasuk Ira, Iman dan Naima.
Dadaku berombak dengan kencang. Nafasku turun naik dengan tidak menentu. Apabila ada orang yang muncul, aku terus menarik dan memeluk orang itu dengan erat tanpa menghiraukan siapa. Aku memejamkan mata ketakutan.
“Awak ok, cik?” tanya orang itu dan aku hanya mengangguk pantas.
“Kirana?”
Tatkala mendengar suara yang sangat aku kenali, aku membuka mata dan melihat Ira, Naima dan Iman sudah mengelilingi katilku dengan wajah bimbang. Setelah itu barulah aku mendongak untuk melihat siapa yang berada dalam pelukanku.
“So…sorry!!” aku terus meleraikan pelukanku dengan perasaan malu. Masakan tidak, aku telah memeluk seorang doctor dan apa yang lebih penting, doctor itu adalah lelaki!
“Tak per. Awak ok dah?” balas doctor itu dengan senyuman.
“Kenapa aku ada kat sini?” aku menyoal dan mahukan jawapan daripada Iman, Naima dan Ira.
“Kawan-kawan awak bawa awak ke sini. Mereka kata awak pengsan. Saya dah periksa awak tadi. Tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan, mungkin awak perlukan rehat yang banyak,” doctor itu memberikan penjelasan bagi pihak Ira, Iman dan Naima.
“Jadi, dia dah boleh keluarlah yer, doctor?” tanya Naima.
“Emmm, dia tak perlu ditahan tapi kena makan ubat yang saya bagi nanti. Saya perlukan salah seorang daripada kamu untuk ikut saya uruskan beberapa prosedur,” pinta doctor itu. Iman dan Naima memandang Ira dan memberi isyarat supaya Ira mengikut doctor itu.
“Why me?” Ira menggerakkan mulut tanpa suara tetapi tetap juga menerima arahan dan meninggalkan bilik pemeriksaan itu bersama-sama dengan doctor dan jururawat.
“Kuat gila kau jerit,” Naima membuka mulut terlebih dahulu selepas melabuhkan punggung di hujung katil aku.
“Bad dream….just forget it. Tell me why I’m here,” aku perlu tahu punca aku berada di sini.
“Kau tak ingat apa-apa?” Iman bertanya dahulu.
“Aku ingat aku ada pergi atas bumbung….lepas tu dah tak ingat apa-apa…” balasku sambil mengurut kepala.
“Kau kena rasuk,” beritahu Naima yang menekankan suaranya.
“Hah? What?” aku tidak percaya apa yang dikatakan oleh Naima. Bila pula aku dirasuk?
“A,ah, kau kena rasuk. Kami bertiga nampak sendiri. Hantu perempuan tu rasuk kau,” kata-kata Iman mengukuhkan lagi dakwaan Naima.
Aku memandang Naima dan Iman bergilir-gilir. Serius, ianya sesuatu yang sukar untuk aku terima. Belum pernah lagi dalam sejarah hidup aku yang aku dirasuk. Lagipun, aku langsung tidak menyedari bila ia berlaku.
“Kau biar betul?” aku perlukan sesuatu yang boleh meyakinkan aku bahawa itu adalah benar.
“Well, it’s up to you want to believe it or not but we’ve get her name. Suria Dahlia dan….walaupun tak sure lagi tapi kitorang rasa….mayat perempuan itu ada berdekatan dengan bangunan engineering tu,” terang Naima.
“Aku tahu kat mana mayat tu,”
“Eih?! Serious?!” mata Iman dan Naima membulat memandang aku. Aku hanya mengangguk.
“Tapi betul ker dia rasuk aku?” aku bertanya lagi.

P/s from me : Just realize I update my blog frequently now..... Maybe I will be in hiatus for a while until I get the better story to tell. Bye and Wassalam Photobucket Photobucket


Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Another bubbling from me.....