Antara Dua Dunia Bahagian 5

“Suria Dahlia binti Daim. Pelajar tahun 3 BBA. Umur 24 tahun. Actually dia tak datang kelas sejak seminggu yang lalu tetapi dia ada alasan. Dia minta study leave untuk ke Australia sebab dia dapat tawaran menghadiri satu sidang kat sana yang berkaitan dengan jurusan dia selama seminggu. Mungkin sebab itu orang tak perasan tentang kehilangan dia,” tutur Ira yang berjaya memperolehi maklumat yang berkaitan hanya berdasarkan nama.

“Bila tarikh dia sepatutnya balik?” aku mengajukan soalan.

“Supposely today,” jawab Ira.

“Tapikan takkanlah keluarga dia atau member-member dia tak berasa pelik dia tak contact langsung selama dia ada kat Australia? Lagipun, macamana kita nak beritahu yang dia sebenarnya dah mati?” Naima memberikan pandangannya.

“Sorry but for your information, she is orphan. Dia tak ada sesiapa. Lucky her for being smart sebab dia dapat biasiswa,” Ira menambahkan maklumat.

“Siapa yang bagi tawaran Australia tu kat dia?” soal aku mencuba nasib.

“Well…kejap,” Ira menghadap laptopnya kembali dan rancak menaip. “Emmm, I don’t know. Tapi sekarang bukan masanya untuk tahu semua tu. Kita kena cari mayat dia supaya dia dapat dikebumikan dengan sempurna,” Ira menyambung kerana tidak berjaya mendapatkan sebarang maklumat.

“Aku tahu kita kena cari mayat tu tapi macamana? I mean, takkan kita nak gali sendiri then beritahu polis? Kalau diorang tanya, kita nak jawab apa? Mayat tu mangsa pembunuhan kau tahu tak. Silap-silap haribulan, kita pula yang jadi suspek,” celah Naima.

Aku mengusap dagu. Kata-kata Naima ada kebenarannya. Walaupun kami tahu di mana lokasi mayat Suria, kami tidak boleh bertindak sendiri. Kami perlukan lakukan sesuatu agar perkara ini sampai kepada pengetahuan polis secepat yang mungkin tanpa menyebabkan tindakan kami diragui.

“Kalau macam tu, kita kena jadi ‘kawan’ dia dan pergi ke balai polis esok” cadang aku.

“Hah?”

####################################################################

“Awak kata kawan awak hilang sejak seminggu yang lalu?” seorang inspector yang memakai tag nama sebagai Azam Khuzaimi menyoal empat gadis yang duduk di hadapannya sekarang.

“YA!” Iman, Naima, Ira dan aku menjawab serentak. Kami berempat masing-masing berasa cemas. Ini adalah kali pertama kami memasuki balai polis dan tambahan pula dengan identity palsu. Iman memakai rambut palsu, Naima menampal tahi lalat palsu di wajahnya, Ira memakai topeng dengan alasan dia sedang menghadapi batuk-batuk sementara aku memakai cermin mata itam besar bersama-sama dengan topi. Mungkin inspector polis itu berasa pelik dengan penampilan kami tetapi kami perlu terus berlakon sehingga ke penamat.

“Siapa nama kawan kamu tu?” Azam bertanya dan sudah bersedia untuk mencatit isi-isi penting.

“Suria…Suria Dahlia binti Daim,” jawab Ira.

“Umur? Bagi tarikh lahir dia terus,” arah Azam.

“…….” Ira menggerakkan mulutnya tetapi tiada sepatah kata pun yang keluar. Iman, Naima dan aku lantas memandangnya dengan tanda tanya.

“Aku lupa nak check ic dia,” bisik Ira yang hanya didengari oleh kami bertiga.

“EIH?!”

Azam mendongak melihat kami. Serta merta kami berlagak tiada apa-apa yang berlaku.

“So? Hari jadi dia?” Azam mengulangi pertanyaannya. Untuk menyelamatkan keadaan, aku segera bangkit.

“KawankamidahsemingguhilangdanbilakamichecknamapenumpangkeAustaraliakamidapat
tahu yangnamakawankamitakadadalamsenaraidankamibetul-betulrisaukandiasebabdiatakada
sesiapadalam dunianitapiencikpulanakmenyoalsemuaniencikfahamtakperasaankamisekarang
ni?Macamanakalaukawankamitukenaculikkermatikerapakerenciknaktanggungker?daripada
encikmenyoalkamilebihbaikencikcepatcarikawankamitu!”

Aku segera menarik nafas panjang selepas berjaya menuturkan kata-kata tanpa henti. Kelakuan aku tadi telah membuatkan bukan sahaja Azam, malah Iman, Naima dan Ira turut terkebil-kebil melihatku. Aku sebenarnya telah membuatkan atmosfera di dalam bilik itu bertambah janggal. Sebelum ianya menjadi lebih teruk, aku duduk kembali dan mendiamkan diri.

“Ok, saya faham perasaan awak semua. Tapi kalau saya tak dapat apa-apa maklumat, macamana saya nak cari kawan awak tu?” terang Azam yang berharap kami memahami prosedur yang sudah ditetapkan.

“Dia kena bunuh,” lidahku pantas bergerak.

“Hah?”

“Kirana!” Iman, Ira dan Naima tersentak dengan tindakan aku yang diluar jangkaan itu.

“Sayataktahumacamananakexplainkatinspektorsebabsayatahutakkanadaorangpercayakan
sayadansayamungkinakandituduhsebagaipembunuhtapisayakenaberitahujugayangSuriaDahlia
matidibunuh!” sekali lagi aku tidak meletakkan sebarang titik nokhtah di dalam ayatku.

“Woah, slow down miss! I cannot catch up anything. Terangkan perlahan-lahan,” Azam sudahpun menolak sebarang kertas di atas meja ke tepi dan sekarang dia menumpukan sepenuh perhatian kepada aku agar dia dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh aku.

“I have a six sense,” ini kali pertama aku membuka rahsiaku di hadapan orang yang baru aku kenali dalam masa beberapa minit sahaja. Azam merenungku tanpa sebarang reaksi. Jauh di sudut hati, aku hanya dapat berdoa agar kami tidak didakwa mempermainkan pihak berkuasa.

“Then you see this Suria?” Azam bersuara kembali. Walaupun aku tidak memastikan sama ada Azam mempercayaiku atau tidak, aku teruskan sahaja menjawab soalannya.

“Yes dan saya tahu di mana mayat dia,” jawab aku serba salah. Aku sempat memandang tiga rakanku. Kalau aku tahu begini jadinya, aku sepatutnya datang ke balai polis seorang diri. Aku sudah menyusahkan mereka. Rasanya lebih baik libatkan aku seorang sahaja daripada melibatkan kami berempat sekaligus.

“Still, I need her information,” Azam begitu tegas dan tetap ingin mendapatkan maklumat mengenai Suria. Itu membuatkan aku berasa geram secara tiba-tiba.

“Beritahu saya, inspector nak terima kenyataan kami ni atau tak?” aku bersuara tegang. Jika Azam sengaja melengahkan masa kami dengan alasan dia tidak mempercayai ceritaku, lebih baik kami beredar dari situ.

“Look, saya kena isi maklumat ni juga. Kalau kami tak dapat maklumat yang sepatutnya, kami tak boleh nak bertindak sesuka-hati even awak tahu mana mayat dia sekalipun,” Azam tetap berdiri kukuh dengan pendiriannya.

“Then, we go. Jom balik,” aku terus berdiri dan diikuti oleh rakan-rakanku yang lain.

“My sister also have a six sense,”

Ayat Azam yang seterusnya telah mematikan niat aku untuk meninggalkan tempat itu. Aku berbalas pandangan dengan Azam. Tiba-tiba hatiku berasa teruja kerana dapat menemui seseorang yang mempunyai kelebihan yang sama seperti aku.

“Sekarang ni zaman moden. Hanya sesetengah orang jer yang masih percayakan benda ni. Kalau betul apa yang awak cakap tadi, saya akan cuba kumpul maklumat. Awak tinggalkan maklumat awak dan saya akan hubungi awak untuk dapatkan lokasi mayat tu bila saya dapat kebenaran,” ujar Azam.

“Betul?!” Ira berasa gembira serta merta. Iman dan Naima menarik nafas lega. Entah kenapa aku berasa sangat gementar ketika itu. Bagaimana kalau semuanya adalah khayalan aku? Bagaimana kalau semuanya adalah tipu semata-mata? Aku sendiri tidak yakin dengan kemampuan aku dan aku takut jika apa yang diharapkan oleh aku tidak menjadi.

“Siapa nama awak?” pertanyaan Azam menyedarkan aku dari lamunan.

“Ki…Kirana…”


P.S: Thanks for reading!

Comments

Popular posts from this blog

Omodetto Jin!!

Amused with the title....

Another bubbling from me.....