Antara Dua Dunia Bahagian 1

Dua hari sudah berlalu semenjak peristiwa di bangunan klinik. Ini juga kali pertama aku bagaikan dalam penantian menunggu kemunculan hantu pelajar perempuan tersebut sedangkan sebelum ini, aku tidak pernah mengharapkan dapat melihat hantu yang sama berulang kali. Namun, mungkin benar semuanya itu hanya perasaan aku sahaja. Jadi aku merancang untuk melupakannya.

Kelas aku bermula jam lapan setengah pagi setiap hari Selasa dan Khamis. Seperti biasa, aku bangkit dengan bantuan jam loceng daripada telefon bimbitku pada pukul enam pagi. Lama aku duduk di birai katil bagi menghilangkan kantuk. Kalau aku masih berbaring, pasti mata aku akan lelap semula. Teman-teman sebilikku mungkin masih lena dibuai mimpi. Nanti sahajalah aku mengejutkan mereka. Selepas hampir lima minit, barulah aku berdiri dan membuat beberapa senaman ringkas. Kemudian aku melangkah keluar bilik untuk mengambil wuduk.

Di hadapan bilikku terdapat dua bangku yang sememangnya sudah sedia ada untuk kegunaan sesiapa sahaja. Semasa aku menyarungkan selipar tandas barulah aku perasan ada seorang perempuan duduk di salah sebuah bangku. Aku hanya dapat melihat belakang badannya dan aku yakin perempuan itu sedang menangis memandangkan bahu perempuan itu terhincut-hincut. Aku terpaku di kaki pintu untuk seketika. Langit ketika itu masih lagi gelap, membuatkan pelbagai persoalan menerpa ke dalam fikiran aku. Perempuan itu duduk di bilik mana? Kenapa dia berpakaian baju kurung siap bertudung? Kelas dia mula pukul 7 ker? Sejak bila dia berada di situ? Dan banyak lagi soalan yang ingin aku lemparkan tetapi aku pendamkan sahaja. Aku bukannya jenis manusia yang suka menjaga tepi kain orang.

Aku mula melangkah untuk ke bilk air. Namun, langkahku menjadi perlahan apabila pandanganku mula dapat melihat bahagian hadapan badan perempuan itu. Aku menekup mulut serta merta apabila menyedari perempuan itu adalah hantu perempuan dua hari yang lalu. Lututku terus menjadi lemah dan mujur aku sempat menahan diriku ke dinding yang berdekatan. Hantu perempuan itu kemudian berpaling untuk melihat aku tetapi aku segera memejamkan mata dan menghalakan wajahku ke tempat lain. Keseluruhan badanku menggigil tidak terhingga. Biarpun aku memejamkan mata, aku masih membayangkan imej hantu perempuan itu yang badannya dipenuhi dengan lumuran darah.

Selang beberapa saat, dengan sisa-sisa keberanian yang masih ada, aku membuka mata sebelum melihat ke arah bangku itu semula. Hilang. Perempuan itu sudah tiada di situ lagi. Tatkala itu juga muncul rasa bersalah dalam diri aku. Jika benar hantu itu ingin mengatakan sesuatu kepada aku, kenapa aku perlu takut? Aku menarik nafas dalam-dalam lalu berpusing ke belakang untuk ke bilik air. Jantungku bagai berhenti berdenyut apabila wajahku kini hanya beberapa inci jaraknya dari wajah hantu perempuan yang muncul di hadapanku secara tiba-tiba. Aku mengalami kesukaran bernafas terutamanya apabila hantu perempuan itu merenung aku dengan tajam. Sumpah aku langsung tidak dapat merasa kakiku menjejak tanah. Kesemua anggota tubuhku bagai dikunci. Hantu perempuan itu mendekatkan lagi dirinya ke arahku. Selepas itu, aku tidak tahu apa yang terjadi. Pandanganku terus sahaja hitam dan aku rebah tidak sedarkan diri.

####################################################################

“Kau cari tempat kosong dulu lah,” arah An kepada aku yang sudah mendapatkan makanan.

“Ok,” jawab aku dengan ceria.

Aku bergerak mencari meja kosong di sekitar kantin sekolah. Selalunya jarang pelajar-pelajar makan di kantin. Mereka akan membeli sesuatu dan akan kembali ke kelas kerana lebih selesa makan di hadapan kelas. Namun pada hari ini kantin dipenuhi ramai pelajar. Riuhnya tak dapat diluahkan. Kalau pasar ikan rasanya. Kemudian aku mendapati hampir setengah pelajar di situ bukannya dari sekolah ini berdasarkan pakaian sekolah mereka yang kelihatan berbeza.

Ketika aku masih mencari tempat, aku ternampak Asz melambai-lambaikan tangan ke arahku. Aku mengangguk sebelum mempercepatkan langkah ke meja yang diduduki Asz. Biarpun aku berlainan kelas dengan Asz, aku selalu rehat bersama-sama dengan Asz dan rakan-rakan sekelasnya.

“Ada apa-apa ker kat sekolah hari ni?” tanya aku ingin tahu selepas selesai membaca doa makan.

“Tak ada apa-apa pun. Ad ngan An mana?” Asz pula menanyakan aku.

“Ada, tengah beli makan. Kalau tak ada apa-apa, kenapa ramai budak sekolah lain kat sini?” soal aku lagi.

“Budak sekolah lain?” Asz mengerutkan dahi lantas berpaling ke belakang untuk melihat sekitar kantin memandangkan meja kami berada di belakang sekali.

“Mana ada budak sekolah lain. Kau Nampak kat mana?”

“Kan ada tu. Penuh satu kantin ni. Aku ingat sekolah ada wat pertandingan apa-apa ker,” balasku yang tidak terniat langsung untuk menoleh ke belakang bagi membuktikan kata-kata aku adalah benar. Sibuk agaknya ingin memenuhkan perutku yang sudah lapar.

“Kirana, mana ada budak sekolah lain. Kau kata kantin ni penuh? Cuba kau tengok sekarang. Lengang kau tahu tak,” tutur Asz.

“Hah?” aku membuat muka pelik.

“Kenapa ni?” An yang sudah membeli makanan berdiri di belakang aku menyoal kerana berasa hairan melihat kelakuan aku dan Asz.

“Ada lah. Cuba kau te…ngok….” Kata-kataku terus mati di situ tatkala aku menoleh ke belakang. Hampir kesemua meja di kantin tidak diduduki oleh sesiapa. Boleh dikatakan hanya meja aku dan dua sahaja lagi meja masih lagi digunakan. Tambahan pula, bunyi riuh rendah yang aku dengari seawal tadi sudah tiada.

“Macamana….? An, kau Nampak kan kantin ni penuh tadi?” aku mengajukan soalan kepada An.

“Penuh? Masa kita beratur tadi kan kantin ni kosong. Nak kata penuh tu….tak penuhlah,” terang An yang melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Tapi tadi aku nampak…….”

“Kau nampak apa?” celah Asz sebelum aku menghabiskan ayatku. Lama aku terdiam sebelum menggelengkan kepala.

“Tak…tak Nampak apa-apa…” dalihku kebingungan.

####################################################################

“Kirana! Kirana!”

Perlahan-lahan aku membuka mata apabila aku dapat mendengar sayup-sayup namaku dipanggil. Aku memejam celikkan mataku berulang kali dan barulah aku sedar aku dikerumuni teman-teman sebilikku.

“Thank God you awake! What happen?” Naima yang juga rakan sebilikku membuka mulut serta merta.

“What…what happen?” aku sendiri perlukan jawapan kepada soalan yang sama. Badanku betul-betul berasa lemah dengan suaraku yang sedikit garau.

“You fainted,” jawab Dayang.

“What…?”

“Kitorang Nampak kau pengsan kat luar. You scared us,” beritahu Hana dengan wajah bimbangnya.

Aku meraup muka dan segera bangkit dari baringan. Sempat aku menjeling ke arah jam yang berada di atas meja. Tepat menunjukkan pukul 7.

“Kirana, I think you better rest. I will tell sir you not feeling well today,” tutur Naima yang berharapkan aku berehat sahaja di bilik aku. Berdasarkan wajah Naima, aku tahu rakanku itu mungkin dapat meneka punca aku tidak sedarkan diri.

“Aku ok….aku ok….Aku nak gi mandi,” kataku lalu terus mencapai tuala dan bakul mandianku.

“Are you sure, Kirana? You look pale,” Dayang membelek-belek wajahku. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman dengan anggukan.

“It’s better if you rest,” Naima sedaya-upaya memujuk aku. Aku membalas pandangan Naima. Bukannya aku tidak hargai sikapnya yang mengambil berat tentangku. Cuma aku belum lagi membiasakan diri lagi dengan keadaan di mana ada orang lain mengetahui rahsia aku.

“I’m fine,” jawabku dingin sebelum melangkah keluar dari bilik.

####################################################################

“You fainted?!” Iman segera menekup mulut apabila menerima isyarat daripada Naima dan Ira bahawa suaranya boleh didengari sehingga ke bangunan sebelah. Aku tidak member sebarang reaksi. Kami berempat menghabiskan masa di café selepas kelas pertama pada pagi ini selesai.

“Yeah! I already told her to rest but too stubborn,” Naima meluahkan rasa hatinya. Dalam diam aku mengerling dia tetapi aku malas hendak berbalas kata.

“Kenapa, Kirana?”

Pandanganku beralih melihat Ira. Bosan? Memang aku bosan. Kenapa? Kenapa?Kenapa? Naik muak aku mendengar soalan yang sama. Tiba-tiba aku rasa menyesal membuka peti rahsia aku. Jadi, aku membiarkan sahaja soalan tersebut tidak berjawab. Aku membasahkan tekak dan selepas itu meliarkan sahaja pandanganku ke mana-mana asalkan tidak menghadap wajah rakan-rakannya.

“Kirana, kau ingat kitorang ni siapa?” tanpa disangka Naima menyoal dalam nada yang agak beremosi. Aku memandang Naima semula dengan pandangan kosong.

“We know that we are not in your shoes right now and we don’t know how it feels to saw all that but you scared us out,” tutur Naima.

“Yelah, Kirana. Kitorang bukannya apa. Kau maybe rasa kitorang ni annoying tapi bila kau beranikan diri beritahu rahsia kau kat kitorang, aku tahu kau percayakan gila-gila kat kitorang. Bukannya senang nak bagi tahu rahsia kita kat orang lain but you did it. Believe in us, Kirana,” Iman menambah memberi sokongan kepada Naima.

Situasi sekarang mengingatkan aku kepada diriku 5 tahun yang lalu, sebelum segalanya bermula. Aku pernah dicopkan sebagai pelajar yang paling bising dan ceria di dalam kelas dan memenangi gelaran tersebut ketika jamuan akhir tahun. Rakan-rakanku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menutup mulutku tiap kali aku mula bercakap. Diriku dahulu dan diriku sekarang sangat jauh bezanya. Aku sedar semenjak panca indera keenam aku terjaga, aku berubah menjadi murung dan kurang bercakap sehinggalah ke hari ini. Sepatah yang ditanya sepatah itu sahajalah yang aku akan jawab. Malah, aku tidak akan berkata-kata apa-apa selagi tidak disoal. Perubahan aku sememangnya drastik. Kawan-kawan rapatku ketika di sekolah mula bertanya tidak henti-henti dan lama kelamaan hubungan aku dan mereka semaking rengang. Tidak pernah sekali pun aku membuka mulut memberitahu mereka. Dalam keadaan aku yang keliru, tiada siapa pun yang berada di sisiku untuk member sebarang sokongan.

“Woit!”

Aku tersentak dari lamunan dan terkebil-kebil memandang Iman, Naima dan Ira.

“Boleh dia berangan lagi tu? Hilang terus mood aku,” Naima yang sudah tenang bersuara dalam nada bergurau.

“Ah!”

Iman, Naima dan Ira gabra melihat aku tercengang bagai memandang sesuatu di belakang Naima dan Ira. Serentak itu mereka berdua menoleh ke belakang untuk memeriksa. Iman juga menurut sama. Sangka mereka mungkin ada hantu di situ.

“Got you,” ucapku selamba.

“HAH?” mereka bertiga memandangku dengan wajah pelik.

“Just joking. Nothing there,” jawabku dengan senyuman pula kali ini.

“Ha-Ha-Ha-Ha….Tak sangka aku yang kau ni pun pandai bergurau yer,” Iman menyebut satu persatu kerana apa yang pasti dia tidak terhibur dengan gurauan tersebut.

“Ok…I’m sorry guys. All of this is too sudden but I will try my best. You want to know why I’m fainted right?” aku berasa beban di bahuku beransur hilang dan ringan sahaja lidahku bercerita. Lantas mereka bertiga mengangguk-angguk bak burung belatuk.

“Aku jumpa hantu tu lagi,”

“Which….ghost?” tanya Ira memandangkan pastinya aku sudah berjumpa dengan pelbagai hantu sebelum ini.

“Hantu yang aku cakap dia macam nak sampaikan sesuatu kepada aku,” jelas aku dengan wajah tegang kerana Ira menyampukku sebelum aku cuba melanjutkan cerita.

“Let me finish it first,” aku memberi amaran terlebih dahulu. Sekali lagi mereka bertiga terangguk-angguk.

“Aku bangun nak gi bilik air dan masa tu aku nampak hantu tu duduk kat bangku yang ada kat depan bilik kita tu. Mulanya aku ingat ada student nak gi kelas awal ker, apa ker, but then when I get to see the face, hantu tu lah yang aku nampak dua hari yang lepas. Yang buat aku pengsan ialah bila dia betul-betul muncul kat depan aku. Walaupun aku dah lalui yang lebih teruk dari ini but still I can’t handle it well. My body still shaking and I can’t do nothing. Even satu doa pun aku tak teringat dalam kepala. Maybe sebab tu aku pengsan,” aku bercerita setakat mana yang mampu.

“Hah! So betul lah dia nak cakap sesuatu kat kau,” suara Naima kedengaran teruja.

“But dia tak buka mulut pun pagi tadi,” aku menyengetkan kepalaku sedikit sambil memandang Naima.

“Well, kau dah pengsan sebelum dia nak buka mulut kot,” Iman memberi pendapatnya.

“May—be,” sebaik sahaja aku menghabiskan perkataan itu, terus sahaja aku terdiam dengan mata membulat memandang sesuatu di belakang Naima dan Ira.

“Kirana? Hello!” Naima mengipaskan tangannya di hadapan muka aku. Namun aku masih seperti tadi.

“Kirana?” giliran Iman pula menggoyangkan tubuhku. Naima dan Ira menoleh ke belakang mereka lagi namun tidak ada apa-apa di situ.

“She….she….she…stand….at your…your back…..” tergagap-gagap aku bersuara.

####################################################################


Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!