Antara Dua Dunia Bahagian 2

“Are you kidding me?”

Naima mahupun Ira sudah tidak berani menoleh ke belakang. Iman pula bagai cacing kepanasan di tempat duduknya. Cuma aku sahaja yang kaku memandangkan aku sedang bertentang mata dengan hantu perempuan yang sedang berdiri di belakang Naima dan Ira. Hantu perempuan itu masih juga sama, merenungku dengan tajam.

Tiba-tiba aku terasa tanganku disentuh oleh seseorang. Ketika itu barulah sendi-sendi leherku dapat bergerak dan aku memandang Iman di sebelahku. Biarpun aku tahu Iman tidak mahu bertentang mata denganku, tindakannya memegang tanganku seolah-olah ingin memberikan kekuatan kepadaku.

“She still standing behind us?” Naima menyoal dalam nada berbisik. Aku mengangguk perlahan.

“I know it’s hard but just ask her what she want,” Iman pula bersuara kepadaku.

Aku menarik nafas dalam-dalam, mengumpul keberanian yang hanya senipis kulit bawang. Sekali lagi aku membalas renungan hantu perempuan itu sebelum membuka mulut.

“Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya tapi awak nak apa daripada saya?” aku menuturkan kata dan pada masa yang sama, genggaman aku ditangan Iman semakin erat. Apabila aku merasakan kehadiran seseorang di sisiku ketika itu, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa takut aku.

Hantu perempuan itu menggerak-gerakkan mulutnya. Pada pandanganku, ia lebih kepada gigilan seolah-olah berasa sejuk. Jadi, aku langsung tidak mendengar apa-apa.

“Dia cakap?” Ira bertanya.

“No…..she just….cold I think,” balasku.

“Ask her again,” celah Iman.

“Saya boleh nampak awak sekarang ni. Kalau awak nak cakap sesuatu kepada saya, cakaplah,” pintaku kepada hantu perempuan itu. Naima, Ira dan Iman mengunci mulut masing-masing.

Oleh sebab bukan hanya kami berempat sahaja yang berada di café ketika itu, kelakuan aku yang bercakap seorang diri menarik perhatian beberapa pelajar lain yang berada di sekitarku. Pada masa itulah, Naima dan Ira mencari jalan agar aku tidak kelihatan kekok pada pandangan mereka.

“Se…se….juk….”

“Sejuk?? Sejuk??” aku mengerutkan dahi tidak faham.

“To….to…tolong….tolong…cari…cari…mayat…..a….aku,”

Serta merta aku terdiam. Sesaat kemudian hantu perempuan itu lenyap. Terkebil-kebil aku apabila cuba memastikan semula apa yang didengari aku tadi. Dia suruh aku cari mayat dia?

“NO WAY!!!” tidak semena-mena aku meneriak. Naima, Ira dan Iman terpinga-pinga dengan kelakuanku itu.

“Kenapa? Apa yang dia dah buat?!” soal Ira terus.

“Jangan cakap yang hantu tu rasuk Kirana,” Naima berbisik perlahan.

“Kirana, are you ok? You with us now? Kirana?” Iman menggoyang-goyangkan tubuhku sekuat yang boleh.

“She wants me to find her…..her dead body!” akhirnya aku menuturkan kata dengan perasaan yang bercampur aduk. Entah sama ada aku takut, aku teruja, aku berkhayal atau aku…..apa-apa sahajalah.

“You mean….like….like Ghost Whispering? They looking for you and ask you to……to…..” Ira sendiri keliru sehingga membiarkan kata-katanya tergantung. Aku terangguk-angguk mengiyakan.

“Are you serious? Now it sounds like investigation in some drama. Who is her? Is she been murdered or what?” seram sejuk Naima dibuatnya.

“So…..do you think I should help her? I mean…..maybe it is only my imagination or hallucination or so whatever…” aku menanyakan pendapat mereka bertiga. Aku betul-betul keliru di waktu itu. Adakah ia benar atau hanya khayalan semata-mata? Tambahan pula, ini adalah kali pertama dan ianya bukan sesuatu yang kelakar jika dipermainkan oleh hantu.

“Let’s do some research,” cadang Iman tanpa membuang masa.

####################################################################

Ketika Iman, Naima dan Ira khusyuk menumpukan perhatian mereka kepada skrin laptop masing-masing, fikiran aku melayang memikirkan sesuatu. Aku tidak menyangka yang aku sebenarnya boleh berkomunikasi dengan ‘benda’ tersebut. Jikalau begitu, logik kah kalau aku mahu menanyakan perihal hantu perempuan itu kepada makhluk yang sejenis dengannya untuk mendapatkan maklumat?

“Tak logik….”

“Apa yang tak logik?” tanya Ira yang terdengar aku bercakap seorang diri. Aku menoleh melihatnya dengan gelengan sebelum kembali mencari maklumat di dalam laptopku.

“Kau rasa hantu tu student sini ker?” Naima menyoalku beberapa saat kemudian tanpa mengalihkan pandangannya daripada laptop.

“I don’t know. She looks like student but maybe a lecturer……or officer….whose know,” jawabku tidak pasti. Namun, apa yang aku pasti, aku sudah mengecam wajah hantu perempuan tersebut.

“Kita kena make sure sama ada dia dari university sini atau orang luar. Then, senanglah nak cari kot. Aku dapat sorang kat sini,” tutur Naima yang kemudian memusingkan laptopnya untuk menunjukkan sesuatu kepada aku dan yang lain.

“Dia dilaporkan hilang dua minggu yang lalu. Rumah family dia area sini juga. Orang yang terakhir Nampak dia ialah boyfriend dia. So, until now, no trace of her, no corpse, no news at all,” Naima membuat penerangan pendek sambil aku, Iman dan Ira membaca berita itu daripada laptop Naima.

“Tak ada gambar dia ker?” soalku ingin tahu.

“Emm?” pandang Naima kepelikan.

“Kalau ada gambar, aku akan tahu sama ada dia ker hantu tu atau tak,”

“Ada hah ni,” Ira yang menurunkan page yang dibaca tadi sehingga ke bawah dan di situ diselitkan satu gambar kecil. Aku meneliti gambar itu sedalam-dalamnya.

“No, not her,” kataku dengan yakin bahawa berita itu bukan milik hantu perempuan tersebut.

“So sure?” Iman mengangkat kening.

“Yeah, I’m sure. She actually has cat eyes and hujung kening kanannya macam kena cukur but this one doesn’t have it,” aku memberi penjelasan mengenai susuk wajah hantu perempuan yang dilihat oleh aku.

“Ok then, cari yang lain pula,” Naima mengambil kembali laptopnya dan menyambung semula pencarian.

“Aku rasa….dia kena bunuh kot,” kataku secara tiba-tiba. Iman, Naima dan Ira berpaling melihatku sebelum berpandangan sesama sendiri.

“You mean?”

“Tudung, baju dia penuh dengan darah. Kau tak rasa apa yang aku Nampak tu adalah keadaan sebenar mayat hantu tu?” aku melihat mereka bertiga satu persatu.

“We don’t know for sure. Kitorang bukannya bomoh,” balas Iman dalam nada bergurau.

“Tapi kalau betul dia kena bunuh…….ini dah kes berat,” Ira mencelah.

Kami berempat berpandangan lagi dengan pelbagai persoalan menghantui permikiran masing-masing. Lebih baik jangan memberatkan sesuatu yang ringan.

####################################################################

Note from me: Maybe this is the last update. So, I will be back again after two weeks. Moreover
I don't have any idea right now about the next part. EAT!EAT!EAT!
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!