X tahu nk letak tajuk apa...

Family nyer kad raya. Aku wat cincai dgn skil level 1 aku...
Ini kad raya aku!!

Assalammualaikum....
Tinggal lebih kurang empat hari lagi, seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Syawal selepas hampir 30 hari menjalani ibadah puasa. Masa sememangnya berlalu dgn pantas. Jadi, sudah bersiap sedia kah utk. menempuh dugaan yg. lebih besar lepas ni? Almaklumlah masa bulan Ramadan kena kawal sini, kena kawal sana, x leh peluk2 awek/pakwe, x gitu?
Kes aku lak, lps ni aku x yah masak dah,hahahaha!! Sbb masa bulan pose, mmg aku kena jadi chef wei. Duk sibuk buka internet cari resepi utk dijadikan juadah berbuka pose. Tapi lepas ni, tugas tersebut kembali kepada my mummy,hehehehe!
Rasa sangat2 bertuah menjadi diri ini yg dilahirkan di bumi Malaysia. Tahun ni, kita Merdeka Raya kan sbb Hari Merdeka pun disambut sama dgn Hari raya. Tarikh 31 Ogos 1957, kita akan sambut Hari Merdeka yg ke 54 tahun dengan tema, 1Malaysia, 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. Walaupun aku ni x der lah patriotik sangat tapi aku berani ckp x der negara yg aman seperti mana Malaysia. Tapi x semua menghargainya sbb ada sahaja berita2 yg cuba digunakan utk menggugat keamanan negara. Satu2nyer kelemahan Muslim kat Malaysia ini ialah susah sangat nk bersatu. Dengki antara satu sama lain, taksub dgn politik, angkuh dgn pendirian masing2. Aku malas siot nk citer pasal politik ni sbb politik kat Malaysia ni kadang2, eh x, bkn kadang2, rasanya selalu wat kepala aku pening. Masing2 pandai nk putar belit kan fakta.
Ok, habis citer tu. Rumah sudah siap renovate! Sabtu lepas wat operasi mengemas kecuali dapur. Dapur start operasi esok. Lawa rumah aku rupanya lepas kemas. Aku rasa masa aku mengemas ari tu, no mercy lah. Barang2 yg rasa2nyer dah x berguna di pandangan mata hati aku, aku terus sumbat dlm beg plastik hitam. X der simpan2 dah. Antara barang2 yg jadi mangsa, buku2 lama angah masa dia belajar kat UiTM dulu, buku2 teks tebal aku masa digunakan sem2 lepas, perhiasan2 kecil yg mmg dah x menarik utk ditayangkan dan byk lagilah. Lantaklah kalo diorang mencari sbb aku dah buang dah pun, no turning back. Sebaik sahaja barang2 itu dibuang, barulah tahu rumah aku ni luas lagi rupanya. Jangan ibu duk nk beli barang baru lagi sudah. Hari tu dia cam ckp nk beli kerusi urut tapi best gak kalo ada. Badanku ini sudah sakit2, mcm org tua dah pun.
Alamak, aku sekarang ni dah lupalah nk amik gmbr masakan2 berbuka aku. Skrg dah pro ckit memasak walaupun masih duk jeling kertas resepi kat tepi peti sejuk,hehehhe..Tapi meh, aku nk tunjuk gmbar2 masakan sebelum ni yg x sempat di post.


Ini.....apa nama sayur ni? Kesimpulanny, pass!

Masak kicap.....pedas woo aku wat.. Kesimpulannya, pass!

Sup ayam!! aku masa kecik suka gila sup ayam tapi skrg suka lagi cuma suka paprik lebih lagilah. Keputusannya, pass!

Ikan selar masak singgang. Masa ni aku lupa nk letak air asam,tu yg pucat sikit warnanya. Rasa pun seberapa,huhuhu. Yg ini, fail!

Cendawan masak sos tiram.....aku suka! PASS!!

Sayur kailan ikan masin tapi sayurnyer x rasa masin, bila makan ikan masin nyerlah baru rasa, huhuhuh. Kesimpulannya, fail!
Tomyam ayam. PASS!

Oh, yg ni ibu aku yg masak. Bakso. Ibu kalo masak, mmg ummph! Double PASS!!

Hari tu unit yg aku wat praktikal ada amik gambar raya. Aku yg hanya sekadar menyinggah dapatlah juga participate. Pakai baju raya woo, aku pakai baju kurung raya kedua. Habit family aku utk beli dua baju kurung/melayu raya. First, baju raya utama mesti sama warna, baju raya kedua lak x kisah warna apa2.



Masa ni bergambar ngan kak sue, kak fiza, kak lya ngan en.hirman

Berlakonlah konon minta maaf kan. Hah, yg hujung belah kanan sekali tu En.Norashid. Dia sorang jer x pakai baju melayu.

Inilah staf Unit Perhubungan Awam UTHM. Dari kiri, kak fiza, kak sue, kak lya, En.Shary(boss), en.hirman, en.suhaimi, en. norashid dan farhan.

Ok, sini sajelah. Nanti update masa raya lak! Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka semua!!
Wassalam...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!