Pelikkah saya bila.....

Assalammualaikum.....

Pelikkah saya atau sekurang-kurangnya anda berasa saya pelik bila.....

1. Saya suka hijau tapi saya tak suka warna hijau askar.

2. Saya orang Johor tapi saya tak suka makan tempe.

3. Saya duduk area Batu Pahat tapi saya tak suka makan nasi bariani gam.

4. Saya suka makan durian tapi saya tak suka makan masakan berasaskan durian seperti tempoyak.

5. Saya suka sambal kacang tapi saya tak suka kacang tanah.

6. Saya suka kekemasan tapi saya malas mengemas(kemas bilik tidur, bleh. kemas rumah,no,no,no)

7. Saya memiliki lagu-lagu berbahasa asing (Jepun dan Korea) lebih banyak dari lagu Melayu...? (aku rasa ini bukan pelik, ini lupa daratan)

8. Saya benci kat artis tu tp still follow up artis tu.

9. Saya minat,gila,cinta kat artis ni sampai sanggup defend artis ni bermati-matian kalo ada org berani dtg kutuk. Saya dulu pernah gaduh ngan org Filipina sbb diorang kutuk Dato' Siti. Hah, jgn main2 ngan kekuatan die hard fan ni.

10. Saya rasa kartun binatang yg saya x suka iaitu katak adalah comel. Teringat kena belah katak dulu. nasib baik kawan bawa surgery glove lebih. bleh menumpang cilok satu.

11. Saya mengantuk tapi bila duk depan laptop, x nk pula tido walaupun pandangan tu dah mcm sekecil kuman.

12. Tujuan saya join facebook sbb kawan2 semua ada fb, saya join twitter sbb nk stalk artis favorite(mula terkinja-kinja bila artisku ini update sumthing),saya join tumblr sbb sy rasa social network yg satu ni agak lain dari yg lain dan saya join blogspot sbb nak duk membebel sorang2, suka sorg2, sedih pun sorg2...huhuhuhu

13. Bila time Ramadan ni, before berbuka, niat dlm hati, 'nk makan kuih tu lah nnti bila berbuka' , 'nak makan roti tu lah bila berbuka', 'nk makan aiskrimlah bila berbuka' dan mcm2 lagi impian utk membesarkan perut tapi bila dah berbuka, kuih ke mana, roti ke mana, solat tarawikh pun entah ke mana tup,tup, aku ada kat atas tilam dah, wat taik mata.

13. Hah yg ni lg best! Kerja berlambak kiri kanan tapi stil menyempat hantar post kat blog. Kalo tak pelik, mmg peliklah. Gi wat keje lah,cik kak oii!

Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!