Tidak kusangka-sangka.....

Assalammualaikum....

Aduiya, aku terlupa aku nyer web based registration smlm start kul 12 pagi. Aku mati2 ingat kul 5 ptg. Bila balik keje smlm, terus masak, berbuka, solat-solat then terus tido. x smpt nk online. Ingat blehlah buka masa keje ari ni. Rupa2nyer ku tersalah waktu. Ceh, terpaksa tunggu 12 Ogos baru bleh tgk balik. Tapi aku rasa x der masalah kot registration utk sem depan cuma ada satu subjek yg x dpt amik so trpaksa tukar ngan subjek lain. Lantak ko lah,labu.

Ahad hari tu, ku telah membeli belah bersama-sama ibu dan adik perempuan bongsu ku.
Lokasi? Carrefour.
Tujuan? membeli tudung raya.
Kenderaan? Serena yg baru siap dibaiki.
Masa? 12 tghari?
Alrite, yup, kitorang gi membeli belah tudung sambil2 cuci-cuci mata apa yg perlu dibeli. Ibu ada beli penggantung kunci ala2 inggeris. Then tersangkut kat kedai Najah. Beli tudung ala-ala fesyen ni...
Tiba2 teringat Arwah Aleesya Farhana pakai tudung gaya ni masa masuk mahkamah. Meninggal dunia dah dia. Walaupun agak terkilan dgn tindakan dia menukar jantina dan lepas tu nk tukar nama, marilah sama-sama doakan rohnya ditempatkan di sisi org yg beriman,Amin.
Harga? MAHAL NAK MAMPUS! Aku baru nk berjinak-jinak utk mengenakan fesyen tudung yg baru. maklumlah, selama ni pakai tudung cm budak kg jer. Bila rasa nk pakai, rupanya harga mahal gila! aku bajet rm30 ok lagilah rupanya RM60++. Itu baru tudung yg kat luar. Yg tudung sarung bhgn dalam tu, murah lagi lah harganya tapi belas-belas x dptnyer,kena yg berpuluh-puluh yer. Kitorang beli dalam 8 pasang, cuma 3 pasang jer beli ikut fesyen ni, 3 pasang beli tudung sarung jer, 2 lagi selendang. Total cost.....jeng...jeng...jeng....
RM315++!!!
Kalah wei harga baju raya kitorang. Itu baru tiga org yg pakai. x masuk adik aku yg lum balik cuti lg + akak aku. Tapi kedai tu bagus bagi membership kad then bleh dpt 20% discount utk next pembelian. Untunglah adik ngan akak aku kalo diorang nk beli kat tmpt yg sama.

Rumah aku tgh renovate. Barang2,perabot, tilam, karpet semuanya bersepah. Dah tak serupa rumah dah. Sebelum raya InsyaAllah siap kot. Oh, semalam aku masak tomyam ngan sayur kailan ikan masin. AKu lupa nk transfer gambr ke laptop.

Lagi satu eden nk tanya, pasang lagu2 raya awal2 Ramadan ni, ok ker x ok? Skrg semua x kiralah mall, market, kedai dah main dah lagu raya. Sabar jerlah. Tapi dah seminggu dah kita berpose. Sat lagi tinggal seminggu lg nk raya.

Loh, lagi satu lupa, semoga usaha mencari mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands berjalan dgn lancar. Kepada yg masih hidup, harap diorang tabah dgn dugaan di bulan yg mulia ini dan kpd yg sudah menghadap Ilahi,moga roh-roh mereka disisi org yg beriman(utk Muslim lah terutamanya)

Hadis utk renungan bersama di post kali ini.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu.
( H.R : Jama'ah )

Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!