Search This Blog

Friday, August 5, 2011

Menu Berbuka untuk puasa keempat....

Assalammualaikum....

Uik, semalam masak lauk yg paling aku pakar! tapi ayam nyer sikit. x dpt tinggalkan utk sahur,huhuhu!


Sepatutnya resipi ni guna sayur kailan dan mati2 aku ingat aku beli sayur kailan. Rupa2nyer yg aku beli tu sawi Jepun. Nasib baik rasanya kena. Kira aku masak sayur kailan+udang masak sos tiram. Letak cili api sekali. Tak sangka pedas nk mampus tapi nasib baik sedap. Dah dua kali berbuka dgn sayur tawar. puas hati lah ngan lauk sayur ni smlm. Bahan-bahannya bawang putih,bawang merah, cili api, sos tiram,udang ngan sayur. Sukatan tu aku ikut suka.


TARAA!! My favorite lauk, paprik ayam. Kenapalah ayam sikit jer tinggal smlm? Kiranya lauk berbuka semalam yg paling sedap kot yg aku masak.....menurut lidah aku lah. Lauk-pauk yg sebelum ni, aku letak garam segenggam, langsung x berasa. x tahulah kalo garam tu dah expired,huhuhuu. Resipi paprik ni pun sama. Guna bawang merah,bawang putih, cili boh, sos tomata,sos cili,sos tiram,serbuk pati ayam. Mmg aku masak guna sukatan aku sendiri. Sampingan aku letak karot,kacang panjang,bawang besar ngan cili merah. Tapi kalo masak apa2pun, jgn lupa letak garam yer walaupun x di mention.

Oleh sbb lauk sikit, kesian ibu aku masak telur masak kicap jer sahur tadi tapi ibu kalo masak apa-apa jer mmg sodap hingga menjilat jari. Malam ni x pasti nk masak apa sbb ikan/ayam/udang kat umah tu mcm dah habis jer. Gi beli makanan lah lepas ni, huhuhuhu! Kitorang setiap kali berbuka ada bubur lambuk sekali. Belum miss lagi makan bubur lambuk selama dah 5 hari pose ni. Orang surau yg wat. Ceh, bulan puasa ni, gamaknyer aku mentelaah resipi jer. x pernah wat tau sebelum ni. ajaib tul

Hadis utk kali ini:

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabitt berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. Kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur dan waktu Shubuh )?Rasulullah berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat.
( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

3 comments:

  1. hari2 mkn nasi bungkus je huaaa al maklum la bujang n hdup di perantauan heee :)

    ReplyDelete
  2. terliur tgk makanan mcm nie ptg2 mcm nie..hehe..

    ReplyDelete
  3. @nurulhuda
    org wat praktikal kat kg. tu yg bleh masak. kalo kat U, mmg nasi bungkus jer lah berbuka

    @Pemuda Harapan
    terliur x per, jgn termakan sudah ^_^

    ReplyDelete