Antara Dua Dunia Bahagian 2
“Are you kidding me?” Naima mahupun Ira sudah tidak berani menoleh ke belakang. Iman pula bagai cacing kepanasan di tempat duduknya. Cuma aku sahaja yang kaku memandangkan aku sedang bertentang mata dengan hantu perempuan yang sedang berdiri di belakang Naima dan Ira. Hantu perempuan itu masih juga sama, merenungku dengan tajam. Tiba-tiba aku terasa tanganku disentuh oleh seseorang. Ketika itu barulah sendi-sendi leherku dapat bergerak dan aku memandang Iman di sebelahku. Biarpun aku tahu Iman tidak mahu bertentang mata denganku, tindakannya memegang tanganku seolah-olah ingin memberikan kekuatan kepadaku. “She still standing behind us?” Naima menyoal dalam nada berbisik. Aku mengangguk perlahan. “I know it’s hard but just ask her what she want,” Iman pula bersuara kepadaku. Aku menarik nafas dalam-dalam, mengumpul keberanian yang hanya senipis kulit bawang. Sekali lagi aku membalas renungan hantu perempuan itu sebelum membuka mulut. “Saya tak kenal awak dan awak pun tak ke...