Salam Aidilfitri 1432H....

Assalammualaikum....

Selepas hampir 30 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, berjumpa juga kita akhirnya dengan bulan Syawal, pendek citer Raya lah. Hari ini sudah raya yg ke-9. Tahun ni Alhamdulillah cam tahun2 lepas, x semeriah mana tapi terbaik!

Rumah pun dah siap kemas sebelum balik Muar sehari sebelum raya. Kitorang mmg sokmo gitu setiap tahun sbb atuk ngan nenek belah ibu dah x der, so mmg balik Muar sejak tu. Rasanya sejak 17 tahun yg lepas. Sebenarnya mmg dah lupa sepenuhnya saat2 beraya di JB. Serius aku x ingat. Even ada gambarlah juga masa raya kat JB tapi mmg aku x ingat langsung camner perasaan beraya di sana. Tapi apa2 pun, aku adalah sikit memori masa duk umah atuk ngan nenek kat JB. Rumah diorang rumah satu tingkat. Hah, yg tu aku ingat! Sbb setiap kali balik JB, aku ngan family mesti tidur kat tingkat atas dan mengadap tingkap. Masa tu, aku selalu terbayangkan ada hantu muncul kat tingkap tu. Biasalah, bdk2. Then, aku suka main buaian kat depan umah. Tuk Cai(atuk) lak bawa teksi. Teksi dulu yg ada kipas kecik kat dashboard,hehhehe. Dan aku ingat aku suka makan kerepek bawang yg Tuk Aji(nenek) buat. SEDAP!!
Jadi, sehari sebelum raya, aku ngan family ngan Ibu Fizah bertungkus lumus membantu Wan(nenek belah ayah) menyiapkan ketupat, sambal kacang, lodeh, rendang, kari ayam. Tapi tahun ni aku x puas makan ketupat ngan sambal kacang Wan. Nak jaga badan kononnya, hambik ko, dah kempunan!
Yeah, raya tiba! Bila dah siap2 pakai baju lawa2, tibalah masa utk bergambar sebelum proses pengedaran duit raya. Gambar raya tahun ni x berapa umph lah berbanding yg lepas. Cam x der perasaan jer,huhuhu!
Abang aku tu sokmo sangat x nk pandang kamera. Masing2 tidak memberikan kerjasama yg baik, isk,isk,isk!

Hah, nasib baik yg ni lawa. Maklumlah, guna kamera mahal. Masa ni agak kelakar sbb kitorang suruh ibu ngan ayah amikkan gambar. Ayah guna kamera mahal, ibu lak guna kamera digital tapi dua2 x cakap pun '1,2,3' ker, apa ker, tup2 dah kena flash. So, confuse nk tgk kamera yg mana satu.

Bergambar ngan Wan!

Lepas jer bergambar, sesi pengedaran duit raya. Yeah!! Masa yg aku nnti-nntikan! Agak tidak malu yer. Hei, tapi tahun ni mybe tahun terakhir aku diberikan duit raya tau! Kenalah bersungguh-sungguh mengumpulnya. Tapi memang agak happening tahun ni cuma masa tidak mengizinkan. Seminggu raya,lepas tu dah naik keje. Adik aku Ayish plak ada exam UPSR 13 Sept ni (esok lah kan?)
Aku dah pun habis praktikal. Sekarang sudah berada di UIA untuk sem baru. Aku update citer2 lain kat post seterusnyer jer lah. Malas nk menaip skrg. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Wassalam
Wassalam!

Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Omodetto Jin!!

Akanishi kun is awesome!!