Pembayaran Balik Penuh PTPTN aka LUMPSUM, pandai2 jer wat istilah sendiri..

Assalammualaikum and good afternoon,

Entri hari ni nk bercerita pasal 'kekasih gelap' aku yg ada lah dlm 6 tahun kitorg skandal. Walaupun aku dah bosan dan cuba menamatkan hubungan kitorg lepas aku graduate tapi dia x boleh lepaskan aku dan aku sendiri tak boleh lari dari dia. Sembunyilah sampai ke Antartika pun, dia akan cari aku sampai ke lubang cacing.

Namun, pada tarikh keramat ini, 03/07/2014 bersamaan hari Khamis, ini belum rasmi lagi tapi akan rasmi dlm 3,4 hari lagi, aku akan DIBEBASKAN! Tiada lagi 'kekasih gelap' dalam hidup aku,hahhahahaha!!

Ok lah. Sbnrnya nak bercerita pasal PTPTN. Aku start guna tahun 2008, start aku masuk main campus Gombak sampai aku graduate 2012. Aku dah start byr sebaik sahaja aku dpt kerje. Aku ni pembayar yg setia yer. Alhamdulillah, aku dah selesaikan urusan pembayaran balik penuh pagi tadi. So, nk kongsi pengalaman camner aku buat bayaran penuh.

Aku x tahu nk wat byrn penuh dengan cara yg macamana. So, aku pun buka icare PTPTN and dengan rajin dan ayat yg berbunga-bungaan, aku bertanyalah perihal tersebut. Hari yg sama rasanyer dia membalas persoalan aku. Aku disuruh isi borang yg dipanggil Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) Online. Bleh isi kat website ni, PTPTN nyer borang. Then click kat no.14. Kalo time korg baca ni, borang tu bukan no.14, maksudnyer korg mmg dah ketinggalan sebatu lah kat belakang.

Selepas aku berjaya mendapat wang utk pembayaran balik,aku pun isi lah borang ni. Senang jer isi. Kalau x tahu nk isi, rajin2 lah call ptptn. Bagi diorg keje sikit dengan menjawab persoalan2 anda. So, bila dah isi, dia akan ke page satu lg, suruh letak IC rasanyer, then barulah dia keluarkan page keterangan tentang baki pinjaman korang. Lebih kurang cam gmbr kat bawah ni.


Then ada dua options utk digunakan. Pertama, faks dan kedua gi kaunter sendiri. Aku ada baca blog sape ntah tulis boleh email. Tapi aku x email lah sbb dia bagi aku dua option jer masa jawab soalan aku kat icare. Oleh sbb aku ni bdk kg, x reti aku nk guna faks (malas nk tanya officemate camner guna faks), so aku pun g ke kaunter ptptn yg terdkt. Putrajaya lah yg paling dekat kat area aku ni. Aku print page baki pinjaman tadi and semalam aku gi putrajaya. Jauh rupanya bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. Macam terpinggir sikit dari aliran permodenan...eh..mengarut apa kah... tapi jauh lah juga. Dari tmpt keje aku, dlm 20km. Aku gi sana, bagi page yg aku print, then org kaunter ckp kena tunggu 15-30 min utk process. 'Awak jalan2 lah dulu. dah siap kami call'. Itu lah pesanan diorg. aku nk g jalan mana time pose2 ni. Kalo x pose, bleh gak aku melepak Alamanda. Ko x keje kah,dianah? Hahahha, of course lah keje. Dah lah dtg office awal, letak laptop,buka laptop,pasang lampu meja, tunggu officemate datang, then aku cabut keluar g putrajaya. Masa tu ingat nk tunggu tapi baru 10 saat duduk kat kerusi yg empuk itu, aku dah bosan. Last2 aku keluar, cari stesen minyak. Lepas isi minyak, aku decide, balik lah office dulu. Kalo dia call, tghari nnti amik. Dalam perjalanan balik, dlm 10 km gak ah nk sampai office, org tu call. 'Cik Dianah, borang tu dah siap. cik dianah nk bayar kat kaunter ker?'. Walamak wei! Tgh drive selamba jawab kan? Hahaha. Aku cakap bleh x amik lambat? Dia cakap bleh. Lepas tu dia tanya aku kat luar putrajaya ker dlm putrajaya. Aku cakap aku dah sampai ofc. So, dia cakap, dia bleh emailkan. Alhamdulillah. Senang keje aku. Sampai ofc, aku tunggulah email masuk.

5min...10min...20min.........

Aku tenung email aku. Tak der pun? Tipu ker? Serius aku x dpt email. Aku pun cam bengang. Ingat nk call PTPTN jap lagi. Lepas tu ntah cmner terpk nk check spam. CLICK. WALA! kat sini rupanyer dia masuk,isk3x. Penat aku tunggu, ko masuk kat spam rupanyer. Sabo jer teman. Kat bawah cth page yg diorg email.



Next aku print ah apa yg dia email kat aku. Tghari tu aku keluar lps solat zhr g Maybank. Isu kan check and bg dia page kat atas ni utk rujukan Maybank. X tunggu lama sangat lah. Bila dah dapat check, aku balik ofc semula.

Keesokkan harinyer aku mengulangi perkara yg sama. Gi office awal, letak laptop, buka laptop, buka lampu meja dan oleh sbb ada dua officemate aku dah sampai, aku cpt2 menghilangkan diri utk ke putrajaya.
Duduk depan kaunter, serahkan check. Org kat kaunter tu pun buatlah kerje diorg dgn bersungguh-sungguh,hehehhe. Then aku dpt resit rasmi....ngan resit x rasmi kot? Cam bawah ni.


Dia ckp dlm 3,4 hari akan siap process. Nnti dia akan emailkan surat pengesahan bayaran. Aku bleh check kat epay ptptn yg aku selalu guna tapi dia ckp nnti dpt email baru btul2 sah.

YIIEEEHHHHAAAA!!! x sabo nk tunggu 3,4 hari lagi ni. Aku dah x rela meneruskan hubungan yg tidak direstui oleh aku sendiri setelah 6 tahun disampingku. Tapi walau apa2pun, TERIMA KASIH,PTPTN. sbb anda membantu aku dlm pengajian aku sampai aku graduate walaupun anda hanya tanggung yuran pengajian. Duit2 saraan aku kat U dulu, aku guna PAMA.

Hah! nk bgtau satu berita baik lg ni. Aku bakal mendapat 'anak'!!! Aku bg nama dia JacQueFin. Hah! Glamer x glamer. Nnti aku bg gmbr dia bila dia dah sampai kat kg,hehehhe!!

Ok, selamat berpuasa semua. Dan moga entri ini membantu.
Assalammualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

Just mumbling around.....

Time + Me = Totally Mess!!!

Akanishi kun is awesome!!